Tuesday, July 29, 2008

Membanggakan dan tidak memalukan



2-0....itulah keputusan perlawanan persahabatan antara Chelsea dengan Malaysia, malam 29 Julai...

Keputusan ini sebenarnya menimbulkan polemik yg pelbagai...antaranya ada yg menganggap pemain Chelsea bermain 50% manakala pemain Malaysia mengamalkan sistem formasi 8-2, 8 defender, 2 striker...

Tapi sy yg berada di stadium malam itu mengakui bahawa Malaysia beraksi dengan baik...sy tidak ada statistik lengkap, tapi, sekurang-kyrangnya kita ada 5 shot on target selain 4 shot off target yg benar2 keemasan...

Permainan Malaysia semakin matang...sy pernah saksikan perlawanan Malaysia-Brazil serta live Malaysia - Man United....game malam tadi sangat berbeza...ada kematangan namun masih terdapat pemain Malaysia yg takut2 dan tidak kurang yg main ala2 "bulldozer"....

Permainan Chelsea tidak perlu dikomen...cuma nantikan pembaharuan dengan kemasukan Deco disamping Luis felipe Scolari yg mengamalkan corak permainan "samba laju"...

Peminat?...seperti dijangka, 90% yang memakai jersey Chelsea mahupun baju biru...itu tidak mengapa sebab mereka tidak "boo" pasukan negara sendiri...tidak seperti Mal u-19 vs MyTeam dulu....yg dtg dgn semangat Malaysia pula, syabas sbb sentiasa yakin dgn pasukan negara...apa2 hal tahniah sbb 98% yg dtg merupakan peminat berbayar...jadi apa kata jgn lupa sokong pasukan negeri/kelab anda dgn melaburkan RM 10 satu game...

saya?...seperti yg sy azamkan...sy pakai baju Liverpool, tapi bukan yg ada sign Carlsbergla....

Cuma sekarang ni, kesemua kita perlu fikirkan pula secara jangka panjang utk memajukan bolasepak kita...rasanya kurang wajar sekadar menilai menerusi satu perlawanan...sbb, jgn pulak nanti, pada saingan Piala AFF, dgn Laos pun kita kena lanyak...

Catatan Epain: Ntah bila la Liverpool nak datang Malaysia...

No comments: